Sunday, 26 July 2015

sambungan - Casaninda Homestay Terbaik di Butterworth


sambungan...


Oleh kerana hari Jumaat, perlu bergegas mengerjakan solat Jumaat. Masjid tidak jauh daripada CasaNinda. Terdapat dua buah masjid iaiti Masjid Jamek Bagan Dalam dan Masjid Jamek Telaga Air. Jarak kedua-dua hamper sama dekat.



Makanan tenghari yang dipanaskan dinikmati menggunakan peralatan memasak di dapur sangat menjimatkan. Selesai makan tengahari anak-anak bermain buaian ditepi rumah berhadapan tanaman herba, sangat santai.

CasaNinda Homestyle sangat berhampiran dengan kemudahan asas lain, seperti pejabat Pos, Klinik Kesihatan Kerajaan, Balai Polis dan lain-lain. Selesai Makan tengahari, hanya santai-santai di CasaNinda, sebelah petangnya pergi ke Tesco untuk membeli beberapa barang keperluan. Perjalanan ke tesco hanya 10 minit. Selesai membeli barang, singgah di food court tesco, membeli mee kuah di gerai Mee Udang Sg. Dua yang sangat terkenal. Perlu merasai mee kuah dan mee gorengnya.



Selepas itu, Sunway Carnival Mall yang terletak berhampiran CasaNinda juga amat dekat. Di sana terdapat pawagam, restoran makanan, pasaraya dan pelbagai kedai menjual barang. Berhampiran Sunway Carnival juga terdapat pelbagai bank, sekiranya memerlukan urusan perbankan.



Tidak lengkap jika datang ke Pulau Pinang jika tidak merasai nasi kandar. Di bahagiann pulau ada nasi kandaq beratur, tidak kurang hebatnya di Butterworth. Hanya 5 minit dari CasaNinda ada nasi kandar pokok ketapang berhadapan TM. Warong yang hanya beroperasi sebelah malam (10.00pm – 3.00am) ini memang terkenal. Yang pastinya kena beratur dulu sebelum menikmati nasi kandaq yang istimewa ini, Tambahan pula hujung minggu, pengunjung kena la bersabar, 

Menu istimewa adalah ayam goreng, telur ikan dan telur sotong. Balik ke CasaNinda kekeyangan, jika minat memancing, banyak tempat boleh dituju, untuk sungai boleh memancing di Sg Perai, jika mahu cabaran, boleh memancing di tepi pantai iaitu berdekatan dengan jalan pantai yang berhampiran dengan dermaga.  



Hari ini program tawan Georgetown....


Awal pagi sudah keluar CasaNinda ke Georgetown, samada mengunakan perkhidmatan feri tau menaiki jambatan. Menggunakan feri mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Georgetown. Perjalanan menuju ke Transfer Road, menikmati roti banjir ayam yang sememangnya terkenal. Usai sudah perut diisi, menuju ke padang Kota Lama, ke Port Convallis .singgah makan mee sotong serta coconut shake untuk makan tengahri. Berdekatan dengan padang kota, bersebelahan Royale Bintang Hotel, terdapat Penang 3D tricks art museum, dengan bayaran RM15 untuk dewasa Mycard. Sesuai untuk mereka yang meminati untuk selfie and wefie, perlu singgah.




Menuju pula sekitar heritage trail, mengunakan perkhidmatan beca atau ingin lebih riadah, boleh menyewa basikal mengelilingi heritage trail. Pengunaan basikal lebih mudah dan jimat, kerana senang untuk memakir dan mengambil gambar terutama graffiti yang banyak disekitar heritage trail. Berhenti seketika di untuk menikmati laksa dan chendol.



Penat berpusing di Penang Heritage Trail, adalah masa untuk merehatkan diri sambil menikmati sunset. Kunjungan ke Batu Feringgi amat sesuai, boleh bermandi mandi, berjalan di persisiran pantai dan menikmati panaroma terbenamnya matahari. Usia rehat-rehat di pantai, berpatah ke Gurney drive yang terkenal dengan gerai-gerai penjaja. Singgah untuk lapik perut dengan menikmati pasembor, sememangnya Pulau Pinang atau Pulau Mutiara adalah syurga makanan. Jikalau musim durian boleh singgah di balik Pulau. Sungguh banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Pinang. Sebelum pulang, singgah di Nasi Kandar Beratur yang terkenal seluruh Malaysia.



Menaiki Jambatan Pulau Pinang kembali ke Casaninda. Lebih singkat masa dan sekaligus dapat menikmati suasana di malam hari, pemandangan melihat permandangan georgetown dan seberang perai amat menakjubkan ketika di atas jambatan. Pulang ke Casaninda dan dapat merebahkan diri dengan lena yang nyenyak.  




No comments:

Post a Comment