Sunday, 26 July 2015

CasaNinda Pilihan Terbaik Homestay di Butterworth


Bercuti bersama keluarga adalah sesuatu yang amat diimpikan, tambahan pula bila bersama-sama dengan sanak keluarga yang lain, bertambah riuh jadinya. Lebih mengembirakan bila bercuti dan tinggal di dalam sebuah rumah. Keputusan yang tepat adalah dengan menyewa homestay maka silaturahim lebih erat dan keakraban jelas terbit dalam sanubari saudara-mara. Bercuti keutara ke Pulau Pinang, sentiasa dalam kalendar percutian keluarga. Dan mencari homestay di bahagian Pulau Pinang agak mahal. Seorang kenalan memperkenalkan sebuah homestay di bahagian Seberang Perai (Tanah Besar), iaitu Casa Ninda yang terletak di Butterworth. Teramat la ideal homestay pilihan ini kerana terletak berdekatan Pengkalan Feri untuk ke Georgetown dan berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan. 

Perjalanan yang bermula daripada Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur memakan masa hampir 4 jam menggunakan PLUS highway tiba dipenghujung Tol Juru. Melepasi Tol Juru (Exit [E1], dengan Kadar Tol RM43.30 (Jun,2015)) boleh semak di http://www.plus.com.my/ bahagian tol fare calculator.




Jalan negeri agak lancar yang menghubung hingga Tol Sungai Dua, bagi mereka yang ingin menyambung perjalanan ke Utara tanahair. Pemanduan diteruskan, mengunaakan waze atau google map sememangnya amat memudahkan perjalanan untuk kemana jua destinasi. Tekan saja koordinat, terus diarahpandu untuk sampai ke pintu destinasi. Destinasi CasaNinda (5°24'19.0"N 100°22'26.8"E)



Samada melalui Jalan Perai atau melalui Seberang jaya, amat mudah sampai ke destinasi. Pilihan kali ini adalah melalui Seberang Jaya, agak singkat masa yang diambil dan mudah, tetapi perlu bayar Tol kerana menggunakan Expressway Kulim Butterworth (RM0.50 sahaja). Dari Tol Sg Nyoir, mengambil masa 4 minit untuk sampai ke destinasi iaitu kira-kira 2 km.

Sebagai alternatif jika tidak mahu memandu, boleh memilih samada menaiki pengankutan awam  seperti bas ekspress ataupun keretapi, kerana hentian bas dan stesen keretapi amat dekat jaraknya. Perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Butterworth (Penang Sentral) hanya mengambil masa 4 jam sahaja. Hentian ini masih dalam proses pembinaan dan bakal siap pada 2017, mengambil masa 10 minit sahaja ke Casa Ninda. Begitu juga dengan pengangkutan air  popular di Pulau Pinang yang menjadi trade-mark iaitu Feri. Adalah menjadi tidak lengkap jika melawat Pulau Pinang, jika tidak menaiki feri yang menyeberang selat selatan yang memisahkan tanah besar seberang perai dengan pulau.



Banglo desa berwarna putih, dikelilingi pagar berwarna kelabu, lanskap pohon manga, anak2 pokok bunga bougenvilla (Bunga Kertas), anak2 pokok rambutan dan berbagai tanaman lain, berjaya menarik perhatian serta mengamit kenangan keindahan hidup di desa. Banglo Desa dua tingkat ini, mengandungi di bahagian bawah satu ruang tamu, satu ruang makan, satu dapur, satu bilik tidur, satu bilik mandi dan satu tandas. Manakala bahagian atas memiliki tiga bilik tidur, satu ruang keluarga dan sebuah bilik mandi yang dilengkapi tandas. Pembinaan banglo desa ini adalah pada lewat tahun 60an, oleh itu terdapat senibina berunsurkan Retro. Iaitu Pn. Fatimah dan Cikgu Bakar. Sehingga kini, CasaNinda masih mengekalkan senibina asal tanpa ada penambah ubahsuaian.




Kenangan dan memori suka atau duka sentiasa terpahat baik dalam minda setiap manusia. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat dilahirkan, dibesarkan, dinikahkan, disandingkan dan berbagai-bagai di lagi.

Ini lah yang sentiasa mendorong seorang pemilik syarikat arkitek En. Zaini Zainul dari firma arkitek ZDR Sdn Bhd, memulihsedia rumah pusaka peninggalan ninda tercinta Pn. Fatimah serta Cikgu Bakar.  Rumah pusaka ini diwarisi anaknda-anaknda Pn. Fatimah empat beradik. Pn Fatimah dan Cikgu Bakar memiliki empat orang cahaya mata, cucunda kepada putera bongsu iaitu anaknda sulung kepada En. Zainul Abidin yang kini menjadi pengurus CasaNinda.  En. Zaini selalu menceritakan tentang betapa eratnya hubungan kekeluargaan mereka, hidup empat buah keluarga di bawah satu bumbung.




Setibanya di hadapan pagar banglo desa CasaNinda, Tuan rumah menyambut dengan penuh mesra oleh En Zainul dan Pn. Habibah (Ayanhdan dan Bonda En Zaini). Orang Penang memang terkenal denga keramahan. Waktu untuk check-in ialah pukul 2.00 petang, ketibaan agak awal iaitu pukul 12.00tengahri namun En. Zainul mengizinkan untuk check-in lebih awal. Kereta diparkir dalam halaman rumah, agak luas dah boleh muat sehingga 10 buah kereta.

Ketika ini kadar untuk menyewa CasaNinda adalah nilai promosi iaitu RM300.00 untuk satu malam. Selesai urusan pembayaran sebanyPak RM600.00 untuk penginapan tiga hari dan dua malam dan deposit RM100.00, Anak kunci diserahkan oleh En.Zainul. Urusan agak santai dilakukan dihadapan ruang luar lobi rumah, ruang santai luar lobi casaninda amat menarik. Terdapat satu meja tinggi serta empat kerusi tinggi, bersama set sofa luar serta dilengkapi kipas dinding untuk bersantai. Nyamannya, bila angin pantai menghembus sekali sekala  di situ.

Assalamualaikum dan langkah kanan diatur ketika membuka pintu, ternyata hiasan dalaman casaninda amat memukau. Ruang Tamu dihiasi dengan sentuhan yang moden gaya hotel 5 bintang . Terdapat tiga seksyen yang dipisahkan mengikut jenis perabot dan susun atur hiasan. Seksyen pertama di ruang hadapan, rona biru, putih dan kelabu mejadi pilihan hiasan. Terdapat tiga jenis sofa untuk dinikmati. Ruang hadapan ini diterangi dengan lampu chadeliar serta beberapa lampu diri dan kipas dinding untuk menyamankan ruang tamu ini. Set  TV dan dilengkapi Astro sebagai juadah hiburan untuk penyewa. Permaidani biru dan kelabu amat bersesuaian dengan tema. Koleksi lukisan yang dihasilkan oleh en. zaini adalah dicipta khas untuk ruang tamu ini. En. Zaini juga merupakan seorang pelukis dan banyak menghasilkan karya-karya lukisan. Oleh itu, setiap sudut banyak dihiasi oleh karya-karya beliau. Penyewa juga boleh membeli, jika berminat.



Pada bahagian tengah, seolah foyer penyambut tetamu disediakan satu set meja makan empat kerusi. Jika bertandang yang mahukan lebih keakhraban dan mungkin ada sedikit juadah petang, amat bersesuaian berada di bahagian tengah ruang tamu. Terdapat juga meja console untuk meletakkan barangan peribadi seperti kunci. Lukisan yang mengandungi ayat suci Kursi menjadi hiasan dinding.

Untuk ruang ketiga iaitu berdekatan dengan tangga, diletakkan sofa santai bulat yang sesuai memalaskan diri. Ruang ini dilengkapi dengan meja bulat serta lampu diri. Amat sesuai jika dilakukan riadah sambil membaca atau sekadar berbaring. Turut dihiasi dengan lukisan karya en.zaini. Sememangnya ruang tamu yang diilhamkan keseluruhannya olehnya amat bersesuaian untuk sebuah keluarga yang besar untuk bertandang kerana memiliki tiga seksyen yang berbeza kegunaan, namun masih dalam satu ruang dan lantai yang sama, umpama 'loft living' yang mudah didapati di luar negeri.

Selesai puas melihat keindahan ruang tamu, lihat pula ruang makan. Ruang makan disediakan meja makan bulat marmar untuk enam orang. Ruang makan ini juga turut dihiasi dengan lukisan abstrak yang berunsurkan islamik dengan ayat suci al-fatihah. Senireka bina ruang rumah Casaninda amat bertepatan kerana mengikut urutan yang kegunaan. Ruang makan ini juga dilengkapi dengan sinki untuk membasuh tangan serta cermin.

Ruang dapur yang besar, sangat selesa. Dimaklumkan bahawa semua peralatan boleh digunakan untuk memasak atau sekadar untuk memanaskan. Makanan yang dibawa dipanaskan untuk santapan tengahari. Semua kelengkapan memasak cukup dan hanya perlu membeli barangan basah untuk memasak. 

Diruang bawah juga ada sebuah bilik tidur, bersebelahan dengan ruang makan. Bilik ini dinamakan bilik N atau Non, bersempena anak bongsu. Bilik ini mengandungi dua katil bujang dan dua sofa. Bilik ini amat bersesuaian bagi golongan berusia atau yang kurang upaya. Bilik ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin serta kipas dinding.

Sebuah bilik mandi dan tandas melengkapi ruang bawah CasaNinda. Tuala disediakan serta asas mandian serta sampoo turut disediakan pengusaha untuk penyewa.

CasaNinda memiliki dua tangga untuk naik ke tingkat atas, satu dibahagian hadapan dan satu dibahagian belakang.

Dibahagian atas ada satu ruang keluarga untuk bersantai.Ruang yang dihiasi rona warna merah ini, dilengkapi sofa dan kipas syling. Amat selesa ruang ini, kerana agak terpisah dengan ruang utama, namun masih ada perkaitannya, Menariknya ruang ini, boleh melihat kebawah ruang tamu utama. Ruang keluarga ini memiliki kelengkapan asas untuk minuman seperti mini fridge dan peralatan untuk minuman panas. TV juga disediakan untuk santai-santai.Ruang yang luas ini, boleh dijadikan tempat solat berjemaah.

Terdapat beberapa tingkap untuk pengaliran udara di bahagian atas, juga beberapa lukisan abstrak islamik memberikan impak yang menyamankan. Begitu menarik sekali, begitu luas CasaNinda ini dan amat efektif rekaan serta bertepatan pengunaan ruang.


Terdapat tiga bilik dibahagian atas, bilik Y, Z dan M. Bilik Y atau Yang, bersempena anak sulung keluarga ini, Bilik utama untuk Casa Ninda, Katil saiz king yang memilih rona hitam putih sebagai tema. Bilik ini juga dilengkapi almari, side lamp alat penghawa dingin serta kipas syling. Juga sebuah sofa untuk santai terutama untuk pembacaan atau sekadar untuk berbual. Permaidani yang shaggy memberikan gaya mewah untuk bilik ini.


Bilik kedua adalah bilik Z atau Zaharah, bersempena anak kedua. Bilik ini juga memilik katil saiz king, dilengkapi almari, side lamp, kipas syling serta sofa single seat untuk kegunaan penyewa.













Bilik yang ketiga dinamakan bilik M atau Maznah merupakan, anak perempuan ketiga keluarga ini. Bilik ini memiliki dua katil bujang. Dilengkapi, alamari, reading lamp, kipas syling dan satu sofa single seat.


Bilik mandi dan tandas juga berada di tingkat atas. Terdapat pemanas air untuk kegunaan mandi di tingkat atas. Beberapa peralatan seperti pengering rambut, sterika, peti sejuk serta mesin basuh disediakan oleh CasaNinda. 

Semua peralatan rumah cukup menjadikan ianya sebuah homestay yang cukup lengkap darpada segi perabot, perkakasan serta peralatan sebuah rumah yang sempurna. Amat berpuas hati dengan nilai yang dibayar dan berbaloi dengan kelengkapan yang diterima.




No comments:

Post a Comment