Oleh kerana hari
Jumaat, perlu bergegas mengerjakan solat Jumaat. Masjid tidak jauh daripada
CasaNinda. Terdapat dua buah masjid iaiti Masjid Jamek Bagan Dalam dan Masjid
Jamek Telaga Air. Jarak kedua-dua hamper sama dekat.
Makanan tenghari yang dipanaskan
dinikmati menggunakan peralatan memasak di dapur sangat menjimatkan. Selesai makan tengahari anak-anak bermain buaian ditepi rumah berhadapan tanaman herba, sangat santai.
CasaNinda
Homestyle sangat berhampiran dengan kemudahan asas lain, seperti pejabat Pos,
Klinik Kesihatan Kerajaan, Balai Polis dan lain-lain. Selesai Makan tengahari,
hanya santai-santai di CasaNinda, sebelah petangnya pergi ke Tesco untuk membeli
beberapa barang keperluan. Perjalanan ke tesco hanya 10 minit. Selesai membeli
barang, singgah di food court tesco, membeli mee kuah di gerai Mee Udang Sg. Dua yang sangat terkenal.
Perlu merasai mee kuah dan mee gorengnya.
Selepas itu, Sunway Carnival Mall yang terletak berhampiran CasaNinda juga amat dekat. Di sana terdapat pawagam, restoran makanan, pasaraya dan pelbagai kedai menjual barang. Berhampiran Sunway Carnival juga terdapat pelbagai bank, sekiranya memerlukan urusan perbankan.
Tidak lengkap jika datang ke
Pulau Pinang jika tidak merasai nasi kandar. Di bahagiann pulau ada nasi kandaq beratur, tidak kurang hebatnya di
Butterworth. Hanya 5 minit dari CasaNinda ada nasi kandar pokok ketapang berhadapan TM. Warong yang hanya beroperasi sebelah malam (10.00pm – 3.00am)
ini memang terkenal. Yang pastinya kena beratur dulu sebelum menikmati nasi kandaq yang istimewa ini, Tambahan pula hujung minggu, pengunjung kena la bersabar,
Menu istimewa adalah ayam goreng, telur ikan dan telur sotong. Balik ke CasaNinda
kekeyangan, jika minat memancing, banyak tempat boleh dituju, untuk sungai boleh memancing di Sg Perai, jika mahu cabaran, boleh memancing di tepi pantai iaitu berdekatan dengan jalan pantai yang berhampiran dengan dermaga.
Hari ini program tawan Georgetown....
Awal
pagi sudah keluar CasaNinda ke Georgetown, samada mengunakan perkhidmatan feri
tau menaiki jambatan. Menggunakan feri mengambil masa 30 minit untuk sampai ke
Georgetown. Perjalanan menuju ke Transfer Road, menikmati roti banjir ayam yang
sememangnya terkenal. Usai
sudah perut diisi, menuju ke padang Kota Lama, ke Port Convallis .singgah makan
mee sotong serta coconut shake untuk makan tengahri. Berdekatan dengan padang
kota, bersebelahan Royale Bintang Hotel, terdapat Penang 3D tricks art museum, dengan bayaran RM15 untuk dewasa Mycard. Sesuai untuk mereka yang
meminati untuk selfie and wefie, perlu singgah.
Penat berpusing di Penang Heritage Trail, adalah masa untuk merehatkan diri sambil menikmati sunset. Kunjungan ke Batu Feringgi amat sesuai, boleh bermandi mandi, berjalan di persisiran pantai dan menikmati panaroma terbenamnya matahari. Usia rehat-rehat di pantai, berpatah ke Gurney drive yang terkenal dengan gerai-gerai penjaja. Singgah untuk lapik perut dengan menikmati pasembor, sememangnya Pulau Pinang atau Pulau Mutiara adalah syurga makanan. Jikalau musim durian boleh singgah di balik Pulau. Sungguh banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Pinang. Sebelum pulang, singgah di Nasi Kandar Beratur yang terkenal seluruh Malaysia.

































